MENGUBAH APPLE ID PADA APP STORE

Assalammualaikum & Hello

Sebelum ini saya telah membuat tetapan semula e-mel pada Apple ID menggunakan e-mel baharu. Masalah timbul apabila App Store tidak auto berubah mengikut tetapan e-mel baharu yang telah dibuat dan masih menunjukkan e-mel yang terdahulu.

Masalah lebih merisaukan apabila Apple ID yang disemak pada App Store menunjukkan tetapan e-mel baru telah wujud. Jadi bagaimana cara untuk mengubah tetapan berikut supaya paparan ID pada App Store sama seperti Apple ID yang telah diubah?

Untuk masalah ini saya telah melaksanakan langkah seperti berikut : 

1. Buka Settings pada tetapan iPhone dan klik pada Apple ID


2. Paparan seperti di bawah akan muncul dan klik pada bahagian Media & Purchases


3. Paparan berikut pula akan muncul dan seterusnya klik Sign Out
Fungsi Sign Out ini adalah bagi memastikan pengguna keluar daripada menggunakan e-mel yang tidak diingini (e-mel terdahulu yang pernah didaftarkan)


4. Paparan berikut akan muncul dan teruskan klik Sign Out


5. Selepas langkah Sign Out kali kedua tadi, paparan berikut akan muncul semula dan anda perlu klik semula pada Media & Purchases


6. Paparan berikut akan muncul dan ini peluang anda untuk mengubah semula tetapan e-mel yang ingin digunakan. 

a) Sekiranya anda masih ingin meneruskan dengan e-mel asal - sila klik Continue.

b) Sekiranya ingin menggunakan e-mel baharu yang telah didaftarkan, sila klik pilihan kedua (di bawah Continue)

dan.....SIAP!!


7. Untuk menyemak semula, sila ke App Store dan semak semula ID App Store di sebelah atas kanan anda. Dah sama dengan Apple ID kan?


Semoga perkongsian ini membantu dan memberi manfaat pada anda.

MATANE! 😉😉

Comments