KISAH PEMBERSIH PEJABAT

Assalamualaikum & Hello

Gambar ihsan GOOGLE

Baru - baru ini pembersih pejabat kami (seorang lelaki) jatuh sakit (demam) dan tempatnya digantikan oleh seorang pembersih pejabat wanita. Selang sehari berikutnya, pembersih lelaki tadi kembali bekerja. Saya telah bertanyakan khabarnya dan dimaklumkan bahawa dia beransur sihat.

Pagi ini saya tiba awal di pejabat, saya melihat kelibatnya bekerja sebagaimana rutin hariannya, dengan sehelai kain pengelap, 'sweeper' dan penyembur cecair kimia di tangan. 

Orangnya kecil sahaja. Pendiam. Dari keluarga yang susah. Hadir bekerja dengan sebiji motor. Kami mengenalinya sebagai Jul. Dia hanya ke ruangan-ruangan kerja kami untuk menjalankan kerja - kerja pembersihan, menyapu, mengemop dan sebagainya. 

Rakan sekerja saya selalu mengusiknya menyuruh dia berkahwin, dan dari situ saya tahu dia masih belum berjodoh. Jawapannya - :Tiada sesiapa mahukan saya..."

Saya termenung sebentar sewaktu memerhatikannya.

Terlintas sekilas...serajin mana dia bekerja, berusaha meningkatkan ekonomi hidup, atau setidaknya merasa untuk disukai oleh seorang gadis, kalau Allah tidak mengizinkan, maka tidaklah segalanya dalam gengaman. 

Jadi pagi ini...saya hanya mampu berdoa untuknya, semoga dia terus istiqamah bagi memperbaiki hidup. Mudah-mudahan Allah membantunya dalam setiap langkah. 
Insya Allah.

MATANE! 😉😉

Comments